Pages

Tuesday, August 31, 2010

Kempen Bermula



Dan tersebut dalam "Tafsir al-Khatib" {iaitu tafsir "as-Sirajul Munir" karangan Syaikh Khatib asy-Syarbini rahimahUllah} daripada Syaikh Abul Hasan asy-Syadzili yang menyatakan bahawa jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad, maka Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika awalnya hari Isnin, maka Lailatul Qadr jatuh pada 21 haribulan; jika hari Selasa, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; Jika hari Rabu, Lailatul Qadr jatuh pada 29 haribulan; jika hari Khamis, Lailatul Qadr jatuh pada 25 haribulan; jika hari Jumaat, Lailatul Qadr jatuh pada 27 haribulan; dan jika hari Sabtu, Lailatul Qadr jatuh pada 23 haribulan.



Thursday, August 26, 2010

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam"

Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

PDRM Kelantan

Sunday, August 22, 2010

Itu untuk Kamal, bukan Kamalanathan

UMNO dan BN buat isu doa buat Lim Guan Eng di Penang . habis tu Bacaan Yasin dan solat hajat dalam banner ini untuk siapa ? kenapa yang ini tidak menjadi isu ? lihat gambar ini :

Friday, August 20, 2010

Hargai Sahabat-Sahabat Anda

dulu aku ade pernah tengok satu cite melayu nih, tajuk die " orang minyak naik minyak" arahan afdlin shauki kalau aku tak silap. korang yang tak tahu cerita ni pasal ape, pandai2 korang la tanye member2 korang yang pernah tengok cerita ni. bagi aku, dalam banyak2 babak dalam cerita ni, babak last yang aku paling ingat sampai sekarang. dialog die seperti yang aku tulis kat bawah:

pelakon A: macam mane nak buat orang lain sanjung dan kenang kite?
pelakon B: hmm... mungkin kite kena mati dulu baru orang lain akan kenang dan sanjung kite..

(dialog tu xde dalam short clip kat atas, die kat part last2 cite nih)

bile pikir2 balik, ade betolnye ape yang dorang yang cakap nih.. yela, sebagai contoh, bile ade member kite meninggal dunia, waktu tuh segala kenangan dengan si arwah terbayang-bayang dalam kepala otak kite. segala memori pahit, manis, kelat, payau, tawar dan secubit rase mula menusuk ruang lingkup jiwa kalbu kite sehingga mampu membuat kita tersenyum seorang diri, bahkan kalau nak jiwang lagi, boleh mengalirkan ayer mata berjujuran hingga ke pipi.

dan juge pada waktu itulah kita menginsafi segala perbuatan buruk terhadap si arwah (member kite tulah). dan berharap si arwah hidup kembali untuk kite same2 memohon kemaafan di hari lebaran yang mulia ini. kite juge dengan senang hati memaafkan kesalahan si mati.

hutang camne plak? dengan sedihnya kite berkate, takpelah aku halalkan makan minum ko.. sob3.. (cakap sambil nanges dengan tisu tandas di tangan)..

yang paling penting apebila berlaku kematian, kite sanggup pergi ziarah member kite tu walaupon rumah die jauh giler. dah tu plak, tak pernah pergi umah member die sebelum nih. as the result, sesat habes. nah, mase die idup ko tak nak plak membudayakan amalan ziarah menziarahi nih. padan muke ko.

tapi kan.. kenapa ini sume kite tak buat mase member kite tu hidup riang gembira suka ria dengan kite.

kenapa kita payah nak maafkan kesalahan member2 kite?
silih faham atas perkara kecil yang membuatkan mulut kite muncung 23 inci ke hadapan sewaktu berselisih dengan member kite.

kenapa kite payah sgt nak memohon maaf atas kesalahan dan kesilapan kepada member kite? hang ego sangat ape sai??

kenape kedekut sangat nak blanje member makan ke minum ke, nak kongsi bayar duit minyak dan sewaktu dengannye? pastu tak malu suke pau makanan orang laen..

kenapa kite tidak same2 mengsyukuri nikmat member2 yang ade di sekeliling kite? sket2 nak gaduh.. sket2 nak terase..ape hal??!!

kenape kite tidak mengambil peluang waktu cuti untuk menziarahi member2 kite dan keluarga mereka? payah sangat ke? bukan sahaja ia dapat mengeratkan silaturrahim sesama manusia malahan juge pada binatang (kalau mereka ade binatang peliharaan lah), kite juge dapat melantak free kat umah tanpa segan silu dan confidentnyer..

pointnya mudah di sini, hargailah sahabat2 kite di sekeliling kite. mereka sudah umpama keluarga kite sendiri (keluarga mentua cerita lain ye..hehee..)..

elakkan gadoh-gadoh. tapi kalau nak gadoh gak, jangan lupe ajak aku skali yer.. hahahaa..

lagi sekali aku ingatkan, HARGAILAH AIR EH SILAP, HARGAILAH SAHABAT-SAHABAT KITA SEBELUM MEREKA ATAU KITA SENDIRI MENINGGALKAN DUNIA YANG FANA INI.

bayangkan lah lepas kite berselisih faham, sahabat kite drive gi mane2 (mane la ak tau kan die nak gi mane), tibe2 eksiden.. Allah tarik nyawa die dulu, Allah lebih sayangkan die.. camne??


terkedu ko dapat berita tuh..

aku rase sekian saje coretan ak kali ini.. aku taip mende nih secara santai di tepi pantai (hahaa.. lawak tak aku??).

bukan di tujukan kepada sape2 atau menjawab mane2 isu.. tapi ini lahir dari jiwaku yang kacau eh tak2.. jiwa yang murni..

dah.. aku nak tidoq..

cheers~

Monday, August 16, 2010

Throw Baby Issues

Dalam kate mudahnye isu buang bayi.

Kecoh sekarang pasal isu ini.

Macam2 cadangan di utarakan, di selatankan, di baratkan dan juge di timurkan.

Ade yang nak buat sekolah untuk "ibu muda mengandung".

Ade yang kate hukum orang yang buang bayi sebagai pembunuh.

Hmm.. Bagus2.. Tapi kite tidak melihat kepada punca dasar kepada isu ini.

Pagi ni aku ade terbace sesuatu kat Facebook TGNA.

Ape yang beliau kate ?


Masalah ini bala dari Allah Taala.

Kepadanye kita mohon pertolongan.

Kepadanye kite merujuk.

Hukum Allah sangat2 relevan kepada manusia. Kerana Dia-lah Pencipta dan kite adelah ciptaan-Nya.

Allah Maha Mengetahui..

Kenapa kite masih lagi menafikannya???

Sunday, August 15, 2010

Kucing Tidur


Petang yang damai..

Angin bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa..

Sedapnye kalau dapat tidur..

Saturday, August 14, 2010

Masih mahu teruskan cadangan itu?


http://www.malaysiakini.com/news/139094
- Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai kerajaan Melaka akan dibuka di JASIN dalam masa terdekat ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.<--- JASIN, MELAKA
- JASIN — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di perkarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.<--- JASIN, MELAKA

--------------------
Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. Wallahuallam.

FADILAT RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


Tuesday, August 10, 2010

Monday, August 9, 2010

Perutusan Khas Ramadhan 1431H

Sumber :


Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapkan antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa masalah akan dirujuk kepada pawang. Selalunya penyelesaian kepada masalah ini ialah dengan mengadu kepada kuasa lain dengan cara yang khurafat. Lalu lahirlah amalan memuja pokok, sungai, batu, cakerawala dan sebagainya.

Semua ini menunjukkan keperluan untuk melunaskan fitrah manusia yang ingin bertuhan. Secara semulajadinya, manusia perlu kepada tuhan. Manusia sendiri tidak boleh menerima dengan akal bahawa dunia ini wujud tanpa pencipta. Lalu dengan keyakinan inilah, manusia mencari-cari siapakah yang perlu dirujuk ketika menghadapi sebarang masalah. Lahirlah dari rasa fitrah tersebut amalan-amalan khurafat yang wujud semenjak zaman dahulu kala.

Islam kemudiannya datang bukanlah sangat untuk mengajar manusia bahawa di dunia ini adanya tuhan kerana itu merupakan satu fitrah. Tetapi Islam datang untuk meletakkan fitrah manusia di landasan yang betul iaitu mengakui tuhan itu hanyalah Allah SWT. Jiwa dan rohani manusia dipandu dengan jelas agar mengakui bahawa zat yang layak untuk disembah hanyalah Allah SWT. Pengabdian inilah merupakan misi utama penciptaan manusia. Inilah tujuan hidup manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tujuan hidup ini tidak dapat disebut oleh mana-mana ahli fikir jika tidak merujuk kepada al-Quran. Ahli-ahli sains mungkin dapat menyebut apakah tujuan air, tanah, api, udara dan sebagainya. Demikian juga seorang ahli perubatan dapat menjelaskan khasiat ubat-ubatan yang dihasilkan. Namun, tujuan hidup siapakah yang dapat menjelaskan jika tidak Allah SWT sendiri? Sebagaimana seorang yang datang dari ceruk kampung berdepan dengan pelbagai mesin di gudang yang besar, tidak akan mengetahui fungsi setiap jentera dan suis yang dilihatnya kerana tidak mempunyai kemahiran. Orang yang mengetahui fungsi mesin yang pelbagai itu ialah jurutera yang menciptanya atau sekurang-kurangnya berkemahiran tentangnya. Demikianlah manusia, adalah mustahil seorang manusia mengetahui tujuan dia sendiri diciptakan jika tidak diberitahu oleh kuasa yang menciptakan manusia iaitu Allah SWT. Untuk memberitahu tujuan hidup inilah, dihantar rasul-rasul kepada manusia dari zaman berzaman. Merekalah yang ditugaskan untuk memandu manusia bagaimana hidup ini perlu diselaraskan sesuai dengan kehendak Allah SWT.

Jurupandu kepada umat ini ialah para anbiya’ khususnya di akhir zaman ini ialah Nabi Muhammad SAW. Baginda tidak mereka-reka jalan, baginda hanya menunjuk jalan berdasarkan al-Quran. Bulan Ramadhan inilah yang merupakan bulan penurunan al-Quran. Di antara sifat al-Quran ialah hudan linnas berasaskan firman Allah SWT :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Yang bermaksud : Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).
- Surah al-Baqarah, ayat 185


Justeru, puasa sebagaimana ibadat-ibadat lain merupakan keperluan kepada fitrah manusia. Jika sekalipun ugama tidak mewajibkan puasa ini dilakukan, manusia sendiri tentunya akan mewajibkan ke atas diri mereka untuk berpuasa kerana manfaat yang banyak daripadanya termasuklah dari aspek kesihatan. Apatah lagi jika ia merupakan satu perintah daripada Allah SWT, lebih perlu untuk dilaksanakan sekalipun menempuhi sedikit kepayahan. Tanda taat tunduknya manusia kepada Tuhan mereka ialah mereka sanggup bersusah payah demi membuktikan kepatuhan mereka. Sebagaimana kita bersusah payah untuk anak-anak kita yang kita sayangi, maka demikianlah kita lebih utama untuk bersusah payah demi Tuhan yang kita yakini.

Inilah sebab mengapa setiap amalan di dalam Islam perlu diasaskan kepada niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas dalam erti kata lain melaksanakan amalan semata-mata kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Bukan sahaja beribadat seperti solat dan puasa, bahkan berpolitik, berniaga, bersosial, berumahtangga semuanya kerana Allah SWT. Hati perlu sentiasa diasuh untuk meyakini bahawa amalan yang dilakukan bukan kerana budaya turun temurun atau adat resam tetapi hanya kerana Allah SWT.

Manusia perlulah sentiasa yakin bahawa Allah SWT itulah yang bersifat dengan al-Khaliq (Yang Maha Mencipta), al-Baari (Yang Memberikan Kemampuan) dan al-Mushawwir (Yang Memberikan Bentuk). Keyakinan seperti ini membantu manusia untuk lebih meningkatkan amal ibadat kerana diyakini setiap amalan tersebut dinilai oleh Allah SWT yang menciptakannya. Keyakinan inilah juga yang akan mendorong manusia untuk berpuasa dengan sesungguh hati. Hilangnya keyakinan ini, hilang jugalah roh dari ibadat puasa tersebut sehingga menghilangkan ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT sebagaimana sabda Rasulullah SAW :

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ
Yang bermaksud : “Betapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan betapa ramai orang yang berqiyam tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya kecuali hanya berjaga malam..” – Riwayat Ibnu Majah

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran, bersedekah, qiyamullail dan sentiasalah berzikir mengingati Allah SWT. Semuanya ini seharusnya sentiasa menjadi amalan rutin kita bukan hanya ketika di bulan Ramadhan tetapi sepanjang masa. Semoga bacaan al-Quran, sedekah, qiyam dan juga zikir yang kita amalkan sentiasa memandu kita di dalam mengurus tadbir hidup ini berpandukan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Semoga Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.


TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA
DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 10 Ogos 2010 / 29 Syaaban 1431