Pages

Friday, July 30, 2010

Pemuda UMNO cadang pensyarah dan mahasiswa turut dibenar aktif politik

Sumber disini

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO berharap kerajaan turut memberi kebenaran kepada pensyarah dan juga mahasiswa untuk melibatkan diri dalam politik seperti mana yang diberi kepada guru.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu boleh melahirkan barisan pemimpin politik yang terbaik.

Beliua berkata, sudah tiba masa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda bagi membolehkan pelajar dan pensyarah melibatkan diri dengan politik.

Beliau yang menyambut baik keputusan membenarkan guru aktif di dalam politik juga bersetuju dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan itu tidak membawa fahaman politik ke dalam bilik darjah.

Pendapatperibadi: Boleh ke budak UTP berpolitik?? Asyik dengan dunia sendiri. Bercinta, shopping, movie, games, internet, bersosial...... Kisah ke mereka dengan dunia politik di luar sane??

Thursday, July 29, 2010

PEPERANGAN AL-AHZAB


Semenanjung Arab kembali tenang dan aman selepas peperangan dan pengantaran unit-unit tempur yang memakan masa lebih dari setahun. Kaum Yahudi yang mengalami kehinaan dan kerendahan jiwa kerana pengkhianatan, konfrantasi dan sikap batu api masih tidak sedar dengan kesesatan mereka, menyebabkan mereka tidak mahu mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku. Selepas mereka dihalau keluar dari Madinah ke Khaibar pun mereka masih mahu menunggu dan melihat keburukan akan menimpa kaum muslimin, lantaran pergeseran yang berterusan di antara kaum muslimin dan penyembah-penyembah berhala, dengan bertukarnya teraju kekuasaan dan pengaruh di Madinah dan daerah-daerah sekitarnya, kaum Yahudi apalagi, semakin panas hati.

Di sinilah mereka mula merancangkan semula pakatan-pakatan jahat terhadap kaum muslimin, mereka menyediakan peralatan-peralatan untuk menghentam habis-habisan, dalam ertikata lain mereka akan membuat pukulan mati, tetapi oleh kerana mereka sendiri tidak ada keberanian sedikit pun untuk berhadapan secara langsung dengan kaum muslimin maka mereka menyediakan strategi durjana untuk menghapuskan kaum muslimin. 
Perancangan mereka bermula dengan dua puluh orang pembesar-pembesar Yahudi dan pemimpin Banu al-Nadhir yang telah keluar menemui Quraisy di Makkah mengesa pihak Quraisy supaya melanggar Rasulullah (s.a.w) dan mereka berjanji untuk memberi sokongan padu kepada operasi Quraisy kelak. Dengan itu pihak Quraisy pun menyetujui permintaan pihak Yahudi, oleh kerana Quraisy tidak menemui Muhammad (s.a.w) di medan Badar seperti yang mereka janjikan dahulu maka peluang yang dipelawa oleh Yahudi merupakan satu kesempatan yang terbaik untuk Quraisy bagi mengembalikan reputasi selaih dari mengotakan janjinya dahulu. 
Rombongan dua puluh orang kenamaan Yahudi tadi meneruskan misinya, menemui kabilah Ghatafan dengan mengajak mereka seperti mana mereka mengajak Quraisy dan pihak Ghatafan memberi respon yang padu, itulah kejayaan yang dicapai oleh pemimpin Yahudi di dalam misi mereka, menggabungkan tenaga musuh Islam ke dalam satu barisan pertahanan untuk mengganyang Rasulullah, kaum muslimin dan dakwahnya. 
Memang berlaku sungguh di mana pihak Quraisy, Kinanah dan sekutunya kalangan penduduk Tihamah di bawah pimpinan Abu Sufian telah keluar dengan tenaga seramai empat ribu askar kemudian disertai oleh Banu Salim di Mar al-Zahran, manakala kabilah-kabilah Ghatafan disertai oleh Banu Fazarah di bawah pimpinan Uyainah bin Hisn, Banu Murrah di bawah pimpinan al-Harith bin Auf, banu Asyja' di bawah pimpinan Mas'ar bin Rakhilah dan disertai juga oleh Banu Asad dan lain-lain. Kesemua kelompok-kelompok ini telah keluar dan bergerak ke arah Madinah mengikut jangka masa yang telah dipersetujui. Setelah beberapa ketika maka berkumpullah di sekeliling Madinah satu angkatan bala tentera raksaksa mencapai angkanya sepuluh ribu orang askar. Satu angkatan yang mungkin lebih ramai dari bilangan penduduk Madinah termasuk kaum wanita, anak-anak, golongan muda dan tua. 
Kalaulah sernua kelompok-kelompok yang bersekutu dan askar yang terkerah ini sampai ke pagar Madinah secara mengejut maka ianya merupakan satu ancaman yang merbahaya terhadap kayan dan entiti kaum muslimin. Bila diukur dengan kemampuan yang ada pada mereka, malah mungkin ia berupaya menghapus kaum muslimin ke akar umbi dan boleh memusnahkan apa sahaja. Namun pimpinan Madinah adalah jenis prihatin dan siap sedia, bertindak sesuatu kena pada tempat dan masanya, tahu mengkadar dan sentiasa membaca keadaan dan suasana, mampu menelah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sebaik sahaja tentera bersekutu mula bergerak, berita pergerakan itu telah pun sampai ke pengetahuan pemimpin Madinah melalui risikannya. 
Rasulullah segera memanggil anggota majlis mesyuarat tertinggi, membincang strategi pertahanan kota Madinah. Setelah sekian perbincangan di antara sidang hadirin, maka akhirnya satu persepakatan diterima dengan cadangan yang dikemukakan oleh seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi (r.a). Kara beliau: Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung maka kami menggali kubu mengelilingi kami. Strategi yang dikemukakan oleh Salman itu merupakan satu cara yang belum pernah dikenali oleh bangsa Arab sebelum ini. 
Rasulullah (s.a.w) pun segera melaksanakan strategi ini, dengan membahagikan kaum muslimin kepada kelompok-kelompok, tiap sepuluh orang ditugaskan menggali kubu/khandak sepanjang emat puluh hasta. 
Semua kaum muslimin berusaha menggali kawasan masing-masing penuh kesungguhan dan cermat, Rasulullah merangsang dan menyertai mereka, dari hadith riwayat al-Bukhari dari Sahl bin Saad berkata: Kami bersama-sama Rasulullah di dalam kubu, ada yang menggali sedang kami mengangkut tanah di atas belakang kami sambil Rasulullah bermadah: 
Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar 
Sebuah hadith riwayat Anas katanya: Rasul keluar ke kubu, Baginda mendapati orang-orang Muhajirin dan Ansar sedang menggali khandak di pagi hari yang dingin tidak ada seorang hamba pun yang kerja untuk mereka, semasa Baginda melihat keadaan mereka yang keletihan dan kelaparan,  Baginda pun bersuara:
Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar
Lantas semua mereka menjawab:
Kami berbaiah dengan Muhammad Untuk terus berjihad selagi jiwa di kandung jasad. 
Al-Barra bin Azib telah berkata: Ku melihat Baginda (s.a.w) mengangkat pasir yang digali hingga menyelubungi kulit-kulit perut Baginda hingga tak nampak, ku ternampak kulit perut Baginda penuh dengan bulu-bulu roma. Ku mendengar Baginda bermadah dengan kalimat ungkapan Ibnu Rawahah semasa Baginda sedang mengangkat tanah-tanah dengan katanya:
Ya Tuhanku! tanpa kau kami tiada hidayat Takkan kami bersedekah dan bersolat. Turunkanlah ke atas kami kemenangan Tetapkan kaki kami di ketika perjuangan Keluarga sendiri melanggar kami Kiranya mereka memfitnah, sedia kami menolaknya. 
Kata al-Barra lagi: Di dalam madah ini Baginda memanjangkan suaranya di akhir rangkap, tapi riwayat lain mengatakan Rasulullah (s.a.w) berbuat demikian pada rangkap terakhir. 
Seluruh kaum muslimin bekerja penuh cergas meskipun mereka mengalami kebuluran yang amat teruk, yang boleh menghancur hati-hati yang kukuh. Cerita Anas: Di suatu ketika semasa penggali-penggali kubu sedang bekerja, ada orang membawa selonggok buah bali, kemudian direbus dan ditumis dengan sejenis lemak yang agak lama, baunya pun tidak menyenangkan, setelah masak maka dihidangkan kepada sekalian mereka yang dalam kelaparan, rasanya sukar untuk ditelan kerana baunya hapak. 
Kata Abu Talhah: Kami semua mengadu hal kepada Rasulullah (s.a.w) mengenai kelaparan kami, di mana kami terpaksa mengalas perut masing-masing dengan ketul-ketui batu, tetapi Rasul sendiri mengalas perut Baginda dengan dua ketui batu. Sempena penggalian kubu terjadi beberapa peristiwa sebagai tanda kebesaran kenabian Muhammad (s.a.w), di antaranya apa yang telah disaksikan oleh Jabir bin Abdullah. Sewaktu kelaparan yang amat sangat di kalangan para sahabat, maka beliau telah memilih seekor ternakannya, manakala isterinya pula mengisar segantang bali, kemudian beliau meminta Rasulullah datang bersembunyi di Tumahnya dengan beberapa orang sahabat yang lain, apa lagi oleh Rasulullah maka dijemput seluruh penggali kubu, mereka adalah seribu, mereka semua pun datang dan memakan jamuan itu hingga kenyang, namun daging di dalam periuk masih penuh seperti biasa, tepung yang diuli untuk dibuat roti masih tak habis-habis lagi. 

Di antara ceritanya lagi di mana kakak al-Nukman bin Basyir membawa selonggok buah tamar untuk beliau, ke tempat kerja penggalian kubu sebagai makanan tengahari untuk ayahnya dan bapa saudaranya, di tengah jalan beliau melalui di hadapan Rasulullah. Baginda meminta darinya buah-buah tamar itu lalu dituangkannya ke atas kainnya kemudian Baginda menjemput semua orang-orang di situ memakan buah tamar tersebut. Semua hadirin memakannya namun buah tamar tidak susut sedikit pun hingga semua beredar dari situ dan buah tamar masih jatuh-jatuh lagi dari hujung kainnya. 
Yang lebih menakjubkan lagi dari itu ialah peristiwa yang dikisahkan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Jabir (r.a) dengan katanya: Di hari kami mengali kubu Khandak, tiba-tiba seketui batu pepejal merintangi kubu yang sedang digali, orang ramai pun melaporkan kepada Rasulullah: Ya Rasulullah ini adalah seketui batu pepejal menghalang usaha seterusnya. Jawab Rasulullah: "Aku turun". Rasulullah pun datang, perut Baginda beralas dengan seketul batu, kami semua sudah tiga hari tidak merasai makanan. Rasulullah mengambil sebilah cangkul batu lalu dicangkulnya ke atas batu pepejal hingga pecah berkecai. 
Kata al-Barra: Semasa penggalian kubu di sekeliling Madinah, tiba-tiba seketui batu pepejal merintangi kubu yang sedang digali, hal ini kami beritahu kepada Rasulullah, Baginda tiba dengan mengambil cangkul (dajal) sambil berkata: "Bismillah" terus Baginda menghentak cangkul ke batu pepejal sekuat tenaga Baginda dan berkata: Allahu Akbar daku telah diberi anak-anak kunci negeri al-Syam, demi Allah daku sedang menyaksi istana-istana yang berwarna merah itu, kemudian Baginda menghentak kali kedua hingga terpecah sebahagian lagi dengan berkata: Allahu Akbar, kini daku diberi kunci Parsi, demi Allah sesungguhnya daku melihat istana Madain yang berwarna putih itu. Seterusnya Baginda menghentak kali ketiga dengan berkata: Bismillah, dengan itu terbelahlah bahagian terakhir ketulan itu dan Baginda berkata: Allahu Akbar, kini daku diberi kunci-kunci negeri al-Yaman, demi Allah sesungguhnya sekarang ini daku sedang melihat pintu besar kota San'a. Ibnu Ishak pun meriwayatkan cerita yang sama dari Salman al-Farisi (r.a) .

Oleh kerana Madinah dilingkungi dataran kosong, bukit-bukit, dan kebun-kebun tamar dari semua sudut kecuali sebelah utara sahaja, justeru itu Rasulullah sebagai seorang yang arif dan pakar dalam hal ketenteraan, mengetahui bahawa pergerakan dan serangan tentera yang sebesar tentera bersekutu Quraisy itu, pasti akan menuju dari arah utara, untuk itu maka pengkalan kubu dibuatnya dari arah utara. 
Kaum muslimin meneruskan kerja-kerja mereka di sepanjang hari, mereka kembali ke rumah menemui keluarga mereka pada waktu senja, hinggalah kubu sempurna disiapkan pada hari yang direncanakan, sebelum tentera bersekutu wathani sampai ke sempadan pagar al-Madinah. Quraisy tiba dengan empat ratus tentera (400) mereka singgah di Majma' al-Asyal yang terietak di antara al-Jurf dan Zu'abah adapun Ghatafan dengan sekutunya dari Najd berlabuh di Zanab Nuqmi berhampiran bukit Uhud. 
Di ketika orang-orang mukmin melihat parti bersekutu, lantas mereka berkata: Inilah apa yang dijanjikan kita oleh Allah dan Rasulnya, justeru itu benarlah. Allah dan RasulNya. Tiada apa yang bertambah pada mereka selain iman dan penyerahan diri. Itulah yang terpamer pada ayat Allah: 
" Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali Iman dan ketundukan. (al-ahzab: 22) 
Manakala kaum munafiqin dan yang lemah jiwanya, hati-hati mereka semakin bergoncang setelah melihat lautan tentera bersekutu. Maka berkatalah kaum munafiqin dan mereka yang berpenyakit di dalam hati: "Sebenarnya apa yang dijanjikan Allah dan Rasulnya adalah palsu belaka". Inilah kepalsuan kaum munafiqin yang didedahkan oleh Allah di dalam ayatNya: 
"Dan ingatlah ketika orang-orang Munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan apa-apa kepada kami melainkan tipu daya ". (al-Ahzab: 12) 
Rasulullah telah bergerak dengan tentera Islamnya seramai tiga ribu (3,000) orang, mereka membelakangi bukit Sala' sebagai benteng dari arah belakang, manakala kubu Khandak inerintangi di antara mereka dan tentera kafirin. Slogan mereka ialah "mereka tiada pertolongan". Penguasa Madinah semasa ketiadaan Rasulullah ialah Ibnu Ummu Maktum, kaum wanita dan anak-anak dipindahkan ke dalam benteng Madinah. 
Apabila kaum musyrikin hendak menyerang orang-orang Islam dan melanggar Madinah, mereka mendapati satu kubu luas merintangi kemaraan mereka, oleh itu mereka bertindak mengepung Madinah, sedangkan tindakan itu tidak termasuk di dalam perancangan awal mereka, kerana taktik mempertahankan Madinah cara menggali kubu, taktik yang belum pernah dikenali di kalangan bangsa Arab, justeru itu taktik mengepung Madinah tidak merupakan langkah yang berencana atau tidak masuk dalam perkiraan mereka. 
Jadi kaum musyrikin meronda mengelilingi kubu dengan perasaan marah dan berang, mereka cuba mencari kalau-kalau ada lorong atau tempat yang lemah yang boleh ditembusi. Kaum muslimin pun terus mengawal pergerakan kaum musyrikin, di mana mereka terus menghujani dengan anak-anak panah, menyebabkan mereka tidak berani menghampiri kubu, apatah lagi untuk merempuh masuk atau menimbus parit luas itu sebagai jambatan atau laluan serangan. Beberapa orang wira-wira berkuda Quraisy bosan dengan langkah menunggu hasil dari kepungan mereka, kerana itu bukan cara tabiat mereka, oleh itu sekumpulan dari mereka terdiri dari Amru bin Abd Wud, Ikrima bin Abi Jahl dan Dhirar bin al-Khattab dan lain-lain, telah menuju ke satu tempat yang agak sempit sedikit, terus mereka merempuh kubu, kuda-kuda mereka terus terhumban ke dalam kubu yang digali, kejadian berlaku di antara kubu dan bukit Sala', di situ saidina Ali muncul dengan beberapa orang Islam lain, mereka mengawal lereng yang cuba dirempuh masuk oleh beberapa tentera berkuda musyrikin di situ. Amru menjemput Saidina Ali untuk bertarung, Ali bin Abi Talib pula majy ke hadapan menyahut cabaran. Di situ beliau telah mengeluarkan beberapa perkataan yang memanaskan lagi perasaan musyrikin, Amru melompat turun dari kudanya dan terus menyembelih kudanya, seterusnya beliau menerpa ke hadapan Saidina Ali, di situ mereka bertarung. Akhir beliau dibunuh oleh Saidina Ali, yang lain mengaku kalah dan lari dari situ, betapa takutnya mereka hinggakan Akramah cabut lari sampai terjatuh tombaknya setelah menyaksi kematian negeri Amru. 
Di hari-hari yang lain pun, kaum musyrikin telah cuba juga hendak melanggar kubu Madinah itu, atau mereka cuba juga membuat jalan untuk merempuh masuk, namun kesemuanya telah dihalang oleh pejuang-pejuang Islam, di mana mereka menghujani tentera musyrikin yang cuba merempuh itu dengan anak-anak panah, sehingga setiap apa yang dicuba oleh tentera Quraisy itu semuanya menemui jalan buntu dan gagal. 
Lantaran kesibukan mempertahankan serangan musyrikin hingga luput waktu solat Rasulullah dan kaum muslimm, di dalam sebuah hadith sahih diriwayat Jabir (r.a): Bahawa Saidina Umar bin al-Khattab di hari al-Khandak itu beliau mencela kaum musyrikin, dan berkata kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, daku hampir tidak bersembahyang kecuali hampir-hampir mafahari terbenam". Jawab Rasulullah: "Demi Allah akupun tak sempat menunai solat". Kami pun turun bersama Baginda ke lembah bawah, setelah berwudhu' Baginda dan kami semua menunaikan solat Asar setelah terbenam matahari kemudian terus sembahyang Maghrib. 
Rasulullah tersangat benci sekiranya luput salah satu waktu sembahyang, ini membawa Baginda berdoa turun bala ke atas kaum musyrikin. Di dalam hadith al-Bukhari dari Ali bin Abi Talib dari Rasulullah: Baginda berkata di hari al-Khandak itu dengan sabdanya yang bermaksud:
"Ya Allah! penuhkan ke atas mereka di dalam rumah-rumah mereka dan kubur-kubur mereka dengan api, sebagaimana mereka mengganggu kami dari menunaikan solat wusta hingga terbenam matahari".
Tersebut sebuah hadith di dalam musnad Imam Ahmad dan al-Syafie bahawa kaum musyrikin bergelut hingga menyebabkan Rasulullah dan tentera Islam tidak dapat menunaikan solat zohor, asar, maghrib dan isya', maka Baginda menunaikan kesemuanya sekali gus, kata Imam al-Nawawi: Cara kita mempertemukan di antara semua riwayat ini, dengan meletakkan bahawa peristiwa al-Khandak ini berlaku beberapa hari, manakala peristiwa luput sembahyang ini pun berlaku beberapa kali juga di hari yang berlainan. Selesai masalah. 
Dari sini dapat kita membuat kesimpulan, di mana tentera musyrikin telah cuba berkali-kali untuk menyerang masuk menembusi kubu yang digali, namun pihak Islam pun bersungguh-sungguh menentang percubaan nekad musyrikin itu. Oleh kerana kubu ini merupakan pemisah di antara Islam dan musyrikin maka tidak berlaku langsung pertarungan berdarah di antara dua kern ini, apa yang berlaku hanya musuh. Di suatu malam Huyai bin Ahtob telah mengetuk pintu rumah Ka'ab meminta beliau buka, namun Ka'ab enggan untuk membenar beliau masuk, tapi setelah beliau memberi alasan dan penjelasannya akhirnya Ka'ab membuka pintu. Kata Huyai: "Sebenarnya daku datang menemui kau wahai Ka'ab, membawa sesuatu yang akan memuliakan kita sepanjang umur dan kesenangan seluas lautan, ku bawa Quraisy bersama pemimpin dan pemukanya yang kita sudahpun berhimpun di "Majma" al-As'yal" di lembah "Raumah", dan bawa bersama Ghatafan dengan pemimpin dan pemukanya, yang kini mereka sedang berhimpun di "Zanab Nuqmi" di sebelah bukit Uhud. Kesemua mereka telah berjanji setia untuk memusnahkan Muhammad dan pengikutnya hingga ke akar umbi. 
Kata Ka'ab: Demi Allah, sebenarnya yang kau bawa ini adalah kehinaan sepanjang zaman, menempa nahas dan menolak tuah, binasa kau Huyai, biarlah aku dengan sikap ku ini, pada Muhammad apa yang ku lihat hanyalah kebenaran dan keikhlasan. Namun Huyai masih terus merayu dan menggoda Ka'ab, akhirnya Ka'ab pun akur dan menerima tawaran Huyai itu, seterusnya membuat janji dengannya: Sekiranya Quraisy dan Ghatafan pulang tanpa mencapai sebarang matlamat untuk menghancur Muhammad dan pengikut-pengikutnya, aku berjanji untuk tinggal bersama mu di kubumu ini, biar aku menanggung bersama beban mu itu dengan itu Ka'ab bin Asad pun melanggar janjinya dan merombak ikrarnya dengan Rasulullah (s.a.w), seterusnya beliau mengikat janji dengan musyrikin pula untuk memerangi kaum muslimin. 
Memang benar kaum Yahudi banu Quraizah telah membuat beberapa operasi peperangan. Kata Ibnu Ishak: Sofiah binti Abdul al-Muttalib emak saudara Rasulullah sedang berada di dalam benteng pertahanan Hassan bin Thabit. Di hari itu Hassan bin Thabit ditugaskan untuk bersama-sama kaum wanita dan anak-anak kaum muslimin. Kata Sofiah: Semasa itu seorang lelaki Yahudi telah melalui di situ dan cuba mengetuk-ngetuk kubu kediaman kami, di masa itu semua Yahudi banu Quraizah telah memutus hubungan dengan Rasulullah, tidak ada seorang pun dari kami dan mereka yang boleh mempertahankan kami, sedang Rasulullah dan kaum muslimin masa itu berhadapan dengan musuh, tiada siapa pun yang boleh meninggal tempat mereka untuk bersama kami, seandainya ada sesuatu yang datang menyerang kami secara mendadak kata Sofiah: "Wahai Hassan kamu tengok si Yahudi itu sedang mengetuk-ngetuk kubu kita, demi Allah aku harap si Yahudi itu tidak boleh menjumpai kelemahan kita,untuk diberitahu kepada Yahudi yang lain, sedang Rasul terialu sibuk di barisan hadapan, kamu pergi bunuh si Yahudi bedebah itu". Jawab Hassan: "Demi Allah aku tahu, aku ini bukan lawannya". Kata Sofiah lagi: Di masa itu aku pun ikatkan pinggang ku, dengan membawa sebatang tongkat, ku turun daii kubu, aku pun belasahkannya dengan tongkat tadi sampai mati. Kemudian ku masuk semula, sekali lagi ku suruh Hassan: Ayuh turunlah dan rampaskan peralatan senjatanya, kini tiada lagi halangan untuk kau rampas barang-barangnnya, selain dari ianya seorang lelaki. Jawab Hassan: " Tidak perlulah untuk ku rampas peralatannya". 
Tindakan mulia yang dilakukan olsh emak saudara Rasulullah itu telah memberi kesan yang baik, dalam usaha mempertahan kaum muslimat dan anak-anak orang Islam, sehingga kaum Yahudi menyangka kubu-kubu itu di dalam jagaan rapi tentera Islam, sedangkan ianya amat terdedah kepada serangan, implikasinya membawa seteru Islam sudah tidak berani mencuba sekali lagi. Tetapi disebaliknya, di mana kaum Yahudi membantu kaum musyrikin dengan bekalan-bekalan makanan sebagai membuktikan sokongan padu mereka dan penyertaan langsung untuk menentang kaum muslimin, malah sempatjuga kaum muslimin menawan dua puluh ekor unta mereka yang sarat dengan muatan, bekalan untuk Quraisy. 
Kini berita sudah sampai ke pengetahuan Rasulullah dan kaum muslimin, Rasulullah pun segera membuat penyiasatan untuk mendapat kepastian mengenai sikap Banu Quraizah, hingga dapat pula Baginda menghadapi mereka dengan tenaga ketenteraan. Bagi melaksanakan tugas ini Baginda telah mengutus kedua-dua Saad iaitu Saad bin Muaz dan Saad bin Ubbadah, Abdullah bin Rawah dan Khuwat bin Jubair dengan sabdanya: "Ayuh kamu pergi ke sana dan perhatikan apakah benar seperti yang diceritakan itu, sekiranya benar, beritahu kepada ku dengan bahasa kiasan supaya aku sahaja yang mengetahuinya tapi kalau mereka itu masih bersama kita nyatakan dengan terang biar semua orang tahu". Sebaik sahaja mereka sampai ke sana didapati bau Quraizah seburuk-buruk manusia dan sejahat-jahat kaum Yahudi, mereka memaki hamun dan mencela Rasulullah (s.a.w) malah mereka berpura-pura tidak tahu dengan bertanya: Siapa itu Rasulullah? Kami tak ada hubungan dan perjanjian pun dengan Muhammad. Ayuh berambus kamu dari sini, setelah perutusan Saad dan sahabatnya tiba di hadapan Rasulullah, mereka pun memberitahu Baginda dengan bahasa kiasan dengan kata mereka: Udhal dan Qaarah. Maksudnya Banu Quraizah seperti qabilah Udhal dan Qaarah yang mengkhianati Rasulullah sebelum ini diperistiwa al-Raji'. 
Sekumpulan perutusan ini memberitahu Rasulullah dengan bahasa kiasan, namun kaum muslimin menyedari hakikat yang sebenar, kini tergambar kepada mereka satu lembaga yang mengancam diri mereka. 
Itulah di antara saat-saat yang mencemaskan kedudukan kaum muslimin, kerana tidak ada sebarang benteng yang menghalang di antara kaum muslimin dan banu Quraizah, kaum muslimin terdedah kepada serangan banu Quraizah dari belakang sedang tentera bersekutu berkumpul di hadapan tentera Islam, secara langsung tidak membenarkan mereka untuk berpatah balik bagi menghadapi banu Quraizah. Anak pinak dan kaum keluarga mereka amat berhampiran dengan banu Quraizah yang mengkhianati janji itu tanpa sebarang halangan dan jangkaan. Keadaan mereka tepat seperti Firman Allah: 
"Dan ingatlah di ketika penglihatan kamu sudah kebingungan, hati-hati kamu sudah sampai ke kerongkong, sedang kamu menyangka terhadap Allah seribu satu sangkaan, di sini kaum mukminin telah diduga, dan mereka digoncang sehabis-habisnya". (al-Ahzab: 10-11) 
Sikap nifaq dan taqiyah pun mula kelihatan di kalangan orang-orang munafiqin dengan sebutan: Dulu Muhammad ini menjanjikan kita untuk menggondol harta-harta Kisra maharaja Parsi dan harta Qaisar maharaja Roman, tapi hari ini tak seorang pun terasa aman dan selamat dengan dirinya untuk keluar membuang air, di antara mereka ada yang menyebut: Rumah-rumah kami terdedah kepada serangan musuh, ayuh benarkanlah kami beredar dari sini untuk pulang ke rumah, kerana rumah kami di luar kawasan Madinah. Hampir-hampir banu Maslamah mengagalkan perjuangan Rasulullah itu.

Mengenai percubaan mereka ini telah diturunkan ayat al-Quran khusus mengenainya: 
"Dan kenanglah masa orang-orang munafiqin dan golongan yang berpenyakit di dalam hati mereka dengan berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kita melainkan perkara-perkara yang memperdayakan sahaja.Dan juga masa segolongan di antara mereka yang berkata: Wahai penduduk Yathrib, ini bukan tempatnya bagi kamu, oleh itu baliklah kamu, dan segolongan dari mereka meminta izin dari Nabi dengan berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami, terdedah. Pada hal tidak terdedah pun, sebenarnya mereka tidak bertujuan selain dari hendak lari". (al-Ahzab: 12-13) 
Setelah sampai berita pengkhianatan banu Quraizah, Baginda pun terus menu tup muka dengan kainnya, Baginda bersandar dan berehat seketika, hingga orang ramai terasa berat dengan bala yang menimpa itu, kemudian Rasulullah diberi semangat dari alam ghaib dengan penuh harapan, di sini Rasulullah bangun dengan berkata: Allahu Akbar, terimalah berita yang mengembirakan wahai kalian muslimin, kemenangan dan pertolongail Allah 'sedang menuju ke arah kamu. Kemudian Baginda merangka strategi penentangan buat menghadapi situasi tergenting, sebagai sebahagian dari strategi itu, Baginda mengutus pengawal-pengawal ke sekitar Madinah, supaya tidak dicerobohi secara mendadak kubu perlindungan kaum wanita dan anak-anak. 
Namun strategi ini memerlukan kepada keberanian yang luar biasa yang boleh membawa kepada perpecahan musrik wathani, seterusnya untuk berdamai dengan Uyainah bin Hisn dan al-Harith bin Auf, dua pemimpin Ghatafan dengan habuan hasil buah-buahan Madinah diberikan satu pertiga kepada mereka sebagai syarat kiraannya mereka berundur dari medan perang. Untuk memberi peluang kepada kaum muslimin mengalahkan Quraisy di masa yang paling singkat, yang sudah pun kaum muslimin mengukur kekuatan dan keupayaan mereka, perancangan ini sudah pun dimulakan. 
Seterusnya Rasulullah bermesyuarat dengan kedua-dua Saad sebagai jawapan mereka berkata: "Wahai Rasulullah, sekiranya ini arahan dari Allah maka kami sedia mendengar dan mentaatinya, tapi kalaulah ini suatu perkara yang tuan hamba aturkan untuk kebaikan kami, maka kami tidak memerlukannya, kerana sesungguhnya kami dan mereka itu di suatu ketika memang di dalam syirik dan menyembah berhala, mereka itu tidak pernah berhasrat untuk menguasai dusun kami selain dari sekadar berian dari kami atau mereka membelinya. Apakah setelah kami semu;i dianugerahkan Allah dengan hidayat Islam serta dimulia'kan kami dengan keagungan dari Allah harus kami berikan harta-harta ini semua? Demi Allah kami tidak akan beri selain dari mata pedang kami". Rasulullah pun membenarkan pendapat mereka berdua dengan sabdanya: "Itu sebenarnya suatu usahaku semata-mata untuk kemuslihatan kamu, setelah ku mendapati seluruh bangsa Arab dengan sebulat kata mereka menyerang kamu. 
Alhamdulillah segala pujian bagiNya, Dialah Tuhan yang telah melakukan sesuatu dariNya dengan memecahbelahkan perpaduan musuh-musuhnya, menggagalkan usaha musyrikin, Allah telah menyediakan seorang lelaki dari banu Quraizah yang dikenali sebagai Nuaim bin Mas'ud bin 'Amir al-Asyja'i (r.a) telah datang menemui Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya daku ini sudah pun memeluk Islam, namun seluruh kaum ku tidak pun mengetahui perkara ini, perintahlah daku, apa yang patut ku lakukan di saat ini". Jawab Rasulullah: "Kau ini seorang sahaja maka cuba kau aturkan bagaimana memecah perpaduan mereka itu sehabis upaya yang dapat kau lakukan, peperangan adalah tipu helah". 

Dengan itu terus beliau menemui Banu Quraizah, beliau dikenali sebagai teman pergaulan semasa Jahiliah dahulu, setelah beliau berkata: "Sekalian kamu mengenali hubungan kita semua, terutamanya aku dan kamu". Jawab mereka: "Memang benar". Kata Nuaim: "Kamu tahu Quraisy itu bukan seperti kamu semua, tapi negeri ini adalah bumi kamu, di dalamnya harta-harta kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, justeru itu kamu tidak mungkin berganjak darinya ke tempat-tempat lain, sedang Quraisy dan Ghatafan mereka itu datang bertujuan memerangi Muhammad dan pengikutnya dan telah kamu bantu mereka, tetapi tanahair mereka bukan di sini. Harta-harta mereka, isteri-isteri mereka di sana, kiranya mereka dapat peluang mereka gunakan, dan kalau tidak mereka akan lari ke kampung halaman mereka dan meninggalkan kamu dengan Muhammad, kemudian Muhammad akan membalas dendam terhadap kamu". 

Kata mereka: "Memang benar dan jitu pendapat yang saudara tunjukkan itu. Jadi sekarang apa yang harus kami lakukan?". Kata Nuaim: "Petama, jangan kamu sertai mereka di dalam kancah peperangan kecuali setelah mereka memberi jaminan, biar kamu pegang beberapa orang tebusan sebagai jaminan". Kata mereka: "Pendapat saudara benar dan jitu". 
Setelah selesai dengan banu Quraizah, Nuaim meneruskan usahanya dengan menemui pihak Quraisy, dengan berkata kepada mereka: "Kamu mempunyai hubungan intim dengan ku, dan terimalah khidmat nasihat ku untuk kamu semua". Jawab mereka: "Memang baik sekali". Kata Nuaim: "Sebenarnya golongan Yahudi sudah pun terasa menyesal dengan tindakan mereka memungkirkan janji mereka dengan Muhammad, kini mereka sudah pun berbincang semula dengan Muhammad dan sebagai keputusan mereka telah berikrar untuk mengambil tebusan dari kamu untuk diserahkan kepada Muhammad, kemudian mereka akan bersekutu semula dengan Muhammad untuk menghancurkan kamu, aku peringatkan kalaulah mereka itu meminta tebusan ini sekali-kali jangan dilayan". Setelah itu beliau pergi bertemu dengan Ghatafan dan telah menyebut kepada mereka seperti mana beliau sebutkan kepada Quraisy tadi. 
Menjelangnya malam Sabtu Syawal tahun lima (5) Hijrah, pihak Quraisy telah mengutus kepada Yahudi Banu Quraizah, dengan kata-kata: "Sebenarnya kami ini bukan di bumi perkampungan kami, sekian ternakan sudah pun musnah, sekarang kami mahu kamu sertai kami untuk membuat perkiraan terakhir dengan Muhammad". Golongan Yahudi menghantar jawapan dengan mengatakan hari ini seperti kamu tahu ianya hari Sabtu, kamu semua sedia maklum apa yang telah terjadi kepada kaum bangsa kami yang terdahulu, bila mereka mencerobohi hari Sabtu ini. 

Walau bagaimana kami tidak akan menyertai kamu kecuali setelah kamu mengirim kepada kami orang-orang tebusan sebagai jaminan". Sebaik sahaja utusan Yahudi menyampaikan hasrat dan syarat-syarat mereka maka kalian Quraisy dan Ghatafan pun menarik nafas panjang kata mereka: "Demi Allah memang benar apa yang disebutkan oleh Nuaim itu". Seterusnya mereka mengutus kepada Banu Quraizah dengan kata mereka: "Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan menghantar seorang pun kepada kamu, Ayuh keluarlah sekarang untuk kita kepung Muhammad". Banu Quraizah terasa memang benar apa yang disebut oleh Nuaim dan mereka berkata: "Memang ada kebenarannya apa yang disebut oleh Nuaim itu". Maka mulalah berlaku keretakan di kalangan tentera bersekutu dan pihak Banu Quraizah menyebabkan semangat juang mereka pun mula menurun. 
Kaum muslimin tidak putus-putus berdoa restu kepada Allah: "Ya Allah Ya Tuhan kami! Tutuplah kelemahan kami dan tenangkanlah kegerunan kami" Manakala Rasulullah pun mendoakan kehancuran musuh: "Ya Allah ya Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang cepat menghisab! Kalahkanlah golongan al-Ahzab. Ya Tuhanku! Kalahkanlah dan goncangkanlah mereka sesungguhnya Allah telah pun mendengar doa RasulNya dan kaum muslimin, di mana setelah berlakunya perpecahan di kalangan musyrikin hingga berlaku pulau memulau, seterusnya Allah menyokongkan keadaan itu dengan menghantarkan tenteranya dalam bentuk angin taufan yang mencabut khemah-khemah musyrikin menerbangkan periuk belanga mereka, malah tali-tali peregang khemah pun semuanya turut tercabut di bawa terbang, keadan amat tidak tenteram, Allah menurunkan para malaikat rhengoncangkan mereka, mencampakkan ke dalam hati-hati mereka kegerunan dan ketakutan. 
Di malam yang nahas kepada kaum musyrikin', Rasulullah menghantar Huzaifah bin al-Yamsin ke kalangan tentera bersekutu untuk mendapat berite-berita lanju't mengenai mereka. Beliau mendapati mereka dalam keadaan ketakutan. Sekalian mereka bersiap untuk beredar pulang', beliau pulang ke hadapan Rasulullah membawa beri'fa mengenai persiapan musyrikin berangkat pulang. Nah, iui dia Rasulullah telah menerima berita pemburuan Allah akah seterunya dengan penuh kemurkaan dariNya hingga langsu'rig suatu apa pun perancangan mereka tidak berhasil, hanya sanya dengan Allah sudah cukup untuk memerangi kaum musyrikin. Allah membenarkan janjiNya, memuliakan tenteraNya, membantu hambaNya, mengalahkan tentera "al- Ahzab yang bersekutu dengan sendiriNya, maka pulanglah Rasulullah dan kaum muslimin ke Madinah dengan selamat. 
Peperangan al-Ahzab ini berlaku di bulan Syawal tahim kelima Hijrah, pada pendapat yang lebih sahih, golongan musyrikin mengepung Rasulullah dan kaum muslimin selama sebulan atau kurang lebih, seteVah digabungkan di antara beberapa rujukan didapati bahawa permulaan kepungan bermula di bulan Syawal dan berakhir di bulan Zulkaedah, Ibnu Saad berpendapat bahawa keberangkatan pulang Rasulullah dari al-Khandak ialah pada hari Rabu tujuh hari terakhir bulan Zulkaedah. 
Sesungguhnya peperangan al-Ahzab tidak merupakan peperangan yang membawa kepada kerugian hartabenda, malah ianya lebih merupakan peperangan saraf, lantaran tidak berlaku satu pertarungan yang hebat namun demikian ianya merupakan perjuangan yang menghasilkan garis penentu, memperlihatkan kekalahan kaum musyrikin, dan apa jua kekuatan bangsa Arab tidak berupaya untuk membenteras kekuatan yang baru muncul di Semenanjung Arab, di tengah-tengah kota Madinah, kerana bangsa Arab tidak berupaya lagi untuk menghimpun satu kekuatan yang kuat sebagaimana usahanya di dalam peristiwa al-Khandak ini. Lantaran itu Rasulullah telah menegaskan di dalam sabdanya di saat Allah mengundurkan tentera al-Ahzab dengan sabdanya yang bermaksud:
"Sekarang sampai masanya kita yang menyerang mereka bukan mereka yang menyerang kita, dari sini kita akan mara menghancurkan mereka "

Thursday, July 22, 2010

Rambut Sape Panjang??

Tips Penjagaan Rambut Secara Tradisional
sumber: sini

kacang-hijau

kacang hijau

1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

bunga-raya

daun bunga raya

lidah-buaya

lidah buaya

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.


telur

telur ayam kampung


3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.


Satu pun aku tak amalkan lagi. Wahahau..

Cara Memilih Syampu Atau Barangan Penjagaan Rambut


Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:

1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.


2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.

Faktor yang harus dielakkan bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat:

1. Sinaran cahaya matahari terik.

2. Agen pencemaran, jerebu, asap kilang dan kenderaan.

3. Makanan laut dan kandungan ‘monosodium glutamate’ ( MSG) berlebihan dalam makanan.
P/S: Lepas ni kurangkan makan megi dan aji "know" muto.

4. Kulit sensitif, banyak berpeluh.

5. Syampu dengan kandungan silikon, ammonia.

6. Berkongsi sikat, tuala dan bantal yang sudah dihinggapi spora kulat dan penyakit kulit.
P/S: Dilarang pinjam sikat gua dan bantal gua untuk mengelakkan penyakit korang berjangkit kat gua.