Semenanjung Arab kembali tenang dan aman selepas peperangan
dan pengantaran unit-unit tempur yang memakan masa lebih dari setahun. Kaum
Yahudi yang mengalami kehinaan dan kerendahan jiwa kerana pengkhianatan, konfrantasi
dan sikap batu api masih tidak sedar dengan kesesatan mereka, menyebabkan
mereka tidak mahu mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku.
Selepas mereka dihalau keluar dari Madinah ke Khaibar pun mereka masih mahu
menunggu dan melihat keburukan akan menimpa kaum muslimin, lantaran pergeseran
yang berterusan di antara kaum muslimin dan penyembah-penyembah berhala, dengan
bertukarnya teraju kekuasaan dan pengaruh di Madinah dan daerah-daerah
sekitarnya, kaum Yahudi apalagi, semakin panas hati.
Di sinilah mereka mula merancangkan semula pakatan-pakatan jahat terhadap kaum muslimin, mereka menyediakan peralatan-peralatan untuk menghentam habis-habisan, dalam ertikata lain mereka akan membuat pukulan mati, tetapi oleh kerana mereka sendiri tidak ada keberanian sedikit pun untuk berhadapan secara langsung dengan kaum muslimin maka mereka menyediakan strategi durjana untuk menghapuskan kaum muslimin.
Perancangan mereka bermula dengan dua puluh orang
pembesar-pembesar Yahudi dan pemimpin Banu al-Nadhir yang telah keluar menemui
Quraisy di Makkah mengesa pihak Quraisy supaya melanggar Rasulullah (s.a.w) dan
mereka berjanji untuk memberi sokongan padu kepada operasi Quraisy kelak.
Dengan itu pihak Quraisy pun menyetujui permintaan pihak Yahudi, oleh kerana
Quraisy tidak menemui Muhammad (s.a.w) di medan Badar seperti yang mereka
janjikan dahulu maka peluang yang dipelawa oleh Yahudi merupakan satu
kesempatan yang terbaik untuk Quraisy bagi mengembalikan reputasi selaih dari
mengotakan janjinya dahulu.
Rombongan dua puluh orang kenamaan Yahudi tadi meneruskan
misinya, menemui kabilah Ghatafan dengan mengajak mereka seperti mana mereka
mengajak Quraisy dan pihak Ghatafan memberi respon yang padu, itulah kejayaan
yang dicapai oleh pemimpin Yahudi di dalam misi mereka, menggabungkan tenaga
musuh Islam ke dalam satu barisan pertahanan untuk mengganyang Rasulullah, kaum
muslimin dan dakwahnya.
Memang berlaku sungguh di mana pihak Quraisy, Kinanah dan
sekutunya kalangan penduduk Tihamah di bawah pimpinan Abu Sufian telah keluar
dengan tenaga seramai empat ribu askar kemudian disertai oleh Banu Salim di Mar
al-Zahran, manakala kabilah-kabilah Ghatafan disertai oleh Banu Fazarah di
bawah pimpinan Uyainah bin Hisn, Banu Murrah di bawah pimpinan al-Harith bin
Auf, banu Asyja' di bawah pimpinan Mas'ar bin Rakhilah dan disertai juga oleh
Banu Asad dan lain-lain. Kesemua kelompok-kelompok ini telah keluar dan
bergerak ke arah Madinah mengikut jangka masa yang telah dipersetujui. Setelah
beberapa ketika maka berkumpullah di sekeliling Madinah satu angkatan bala
tentera raksaksa mencapai angkanya sepuluh ribu orang askar. Satu angkatan yang
mungkin lebih ramai dari bilangan penduduk Madinah termasuk kaum wanita,
anak-anak, golongan muda dan tua.
Kalaulah sernua kelompok-kelompok yang bersekutu dan askar
yang terkerah ini sampai ke pagar Madinah secara mengejut maka ianya merupakan
satu ancaman yang merbahaya terhadap kayan dan entiti kaum muslimin. Bila
diukur dengan kemampuan yang ada pada mereka, malah mungkin ia berupaya
menghapus kaum muslimin ke akar umbi dan boleh memusnahkan apa sahaja. Namun
pimpinan Madinah adalah jenis prihatin dan siap sedia, bertindak sesuatu kena
pada tempat dan masanya, tahu mengkadar dan sentiasa membaca keadaan dan
suasana, mampu menelah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Sebaik sahaja
tentera bersekutu mula bergerak, berita pergerakan itu telah pun sampai ke
pengetahuan pemimpin Madinah melalui risikannya.
Rasulullah segera memanggil anggota majlis mesyuarat tertinggi,
membincang strategi pertahanan kota Madinah. Setelah sekian perbincangan di
antara sidang hadirin, maka akhirnya satu persepakatan diterima dengan cadangan
yang dikemukakan oleh seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi (r.a). Kara
beliau: Wahai Rasulullah, sebenarnya kami di bumi Parsi sekiranya kami dikepung
maka kami menggali kubu mengelilingi kami. Strategi yang dikemukakan oleh
Salman itu merupakan satu cara yang belum pernah dikenali oleh bangsa Arab
sebelum ini.
Rasulullah (s.a.w) pun segera melaksanakan strategi ini,
dengan membahagikan kaum muslimin kepada kelompok-kelompok, tiap sepuluh orang
ditugaskan menggali kubu/khandak sepanjang emat puluh hasta.
Semua kaum muslimin berusaha menggali kawasan masing-masing
penuh kesungguhan dan cermat, Rasulullah merangsang dan menyertai mereka, dari
hadith riwayat al-Bukhari dari Sahl bin Saad berkata: Kami bersama-sama
Rasulullah di dalam kubu, ada yang menggali sedang kami mengangkut tanah di
atas belakang kami sambil Rasulullah bermadah:
Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali
penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar
Sebuah hadith riwayat Anas katanya: Rasul keluar ke kubu,
Baginda mendapati orang-orang Muhajirin dan Ansar sedang menggali khandak di
pagi hari yang dingin tidak ada seorang hamba pun yang kerja untuk mereka,
semasa Baginda melihat keadaan mereka yang keletihan dan kelaparan, Baginda pun
bersuara:
Ya Tuhan! kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali
penghidupan akhirat, Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar
Lantas semua mereka menjawab:
Kami berbaiah dengan Muhammad Untuk terus berjihad selagi
jiwa di kandung jasad.
Al-Barra bin Azib telah berkata: Ku melihat Baginda (s.a.w)
mengangkat pasir yang digali hingga menyelubungi kulit-kulit perut Baginda
hingga tak nampak, ku ternampak kulit perut Baginda penuh dengan bulu-bulu
roma. Ku mendengar Baginda bermadah dengan kalimat ungkapan Ibnu Rawahah semasa
Baginda sedang mengangkat tanah-tanah dengan katanya:
Ya Tuhanku! tanpa kau kami tiada hidayat Takkan kami bersedekah
dan bersolat. Turunkanlah ke atas kami kemenangan Tetapkan kaki kami di ketika
perjuangan Keluarga sendiri melanggar kami Kiranya mereka memfitnah, sedia kami
menolaknya.
Kata al-Barra lagi: Di dalam madah ini Baginda memanjangkan
suaranya di akhir rangkap, tapi riwayat lain mengatakan Rasulullah (s.a.w)
berbuat demikian pada rangkap terakhir.
Seluruh kaum muslimin bekerja penuh cergas meskipun mereka
mengalami kebuluran yang amat teruk, yang boleh menghancur hati-hati yang
kukuh. Cerita Anas: Di suatu ketika semasa penggali-penggali kubu sedang
bekerja, ada orang membawa selonggok buah bali, kemudian direbus dan ditumis
dengan sejenis lemak yang agak lama, baunya pun tidak menyenangkan, setelah
masak maka dihidangkan kepada sekalian mereka yang dalam kelaparan, rasanya
sukar untuk ditelan kerana baunya hapak.
Kata Abu Talhah: Kami semua mengadu hal kepada Rasulullah
(s.a.w) mengenai kelaparan kami, di mana kami terpaksa mengalas perut
masing-masing dengan ketul-ketui batu, tetapi Rasul sendiri mengalas perut
Baginda dengan dua ketui batu. Sempena penggalian kubu terjadi beberapa
peristiwa sebagai tanda kebesaran kenabian Muhammad (s.a.w), di antaranya apa
yang telah disaksikan oleh Jabir bin Abdullah. Sewaktu kelaparan yang amat
sangat di kalangan para sahabat, maka beliau telah memilih seekor ternakannya,
manakala isterinya pula mengisar segantang bali, kemudian beliau meminta
Rasulullah datang bersembunyi di Tumahnya dengan beberapa orang sahabat yang
lain, apa lagi oleh Rasulullah maka dijemput seluruh penggali kubu, mereka
adalah seribu, mereka semua pun datang dan memakan jamuan itu hingga kenyang,
namun daging di dalam periuk masih penuh seperti biasa, tepung yang diuli untuk
dibuat roti masih tak habis-habis lagi.
Di antara ceritanya lagi di mana kakak al-Nukman bin Basyir membawa selonggok buah tamar untuk beliau, ke tempat kerja penggalian kubu sebagai makanan tengahari untuk ayahnya dan bapa saudaranya, di tengah jalan beliau melalui di hadapan Rasulullah. Baginda meminta darinya buah-buah tamar itu lalu dituangkannya ke atas kainnya kemudian Baginda menjemput semua orang-orang di situ memakan buah tamar tersebut. Semua hadirin memakannya namun buah tamar tidak susut sedikit pun hingga semua beredar dari situ dan buah tamar masih jatuh-jatuh lagi dari hujung kainnya.
Di antara ceritanya lagi di mana kakak al-Nukman bin Basyir membawa selonggok buah tamar untuk beliau, ke tempat kerja penggalian kubu sebagai makanan tengahari untuk ayahnya dan bapa saudaranya, di tengah jalan beliau melalui di hadapan Rasulullah. Baginda meminta darinya buah-buah tamar itu lalu dituangkannya ke atas kainnya kemudian Baginda menjemput semua orang-orang di situ memakan buah tamar tersebut. Semua hadirin memakannya namun buah tamar tidak susut sedikit pun hingga semua beredar dari situ dan buah tamar masih jatuh-jatuh lagi dari hujung kainnya.
Yang lebih menakjubkan lagi dari itu ialah peristiwa yang
dikisahkan melalui sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dari Jabir
(r.a) dengan katanya: Di hari kami mengali kubu Khandak, tiba-tiba seketui batu
pepejal merintangi kubu yang sedang digali, orang ramai pun melaporkan kepada
Rasulullah: Ya Rasulullah ini adalah seketui batu pepejal menghalang usaha
seterusnya. Jawab Rasulullah: "Aku turun". Rasulullah pun datang,
perut Baginda beralas dengan seketul batu, kami semua sudah tiga hari tidak
merasai makanan. Rasulullah mengambil sebilah cangkul batu lalu dicangkulnya ke
atas batu pepejal hingga pecah berkecai.
Kata al-Barra: Semasa penggalian kubu di sekeliling Madinah,
tiba-tiba seketui batu pepejal merintangi kubu yang sedang digali, hal ini kami
beritahu kepada Rasulullah, Baginda tiba dengan mengambil cangkul (dajal)
sambil berkata: "Bismillah" terus Baginda menghentak cangkul ke batu
pepejal sekuat tenaga Baginda dan berkata: Allahu Akbar daku telah diberi
anak-anak kunci negeri al-Syam, demi Allah daku sedang menyaksi istana-istana
yang berwarna merah itu, kemudian Baginda menghentak kali kedua hingga terpecah
sebahagian lagi dengan berkata: Allahu Akbar, kini daku diberi kunci Parsi,
demi Allah sesungguhnya daku melihat istana Madain yang berwarna putih itu.
Seterusnya Baginda menghentak kali ketiga dengan berkata: Bismillah, dengan itu
terbelahlah bahagian terakhir ketulan itu dan Baginda berkata: Allahu Akbar,
kini daku diberi kunci-kunci negeri al-Yaman, demi Allah sesungguhnya sekarang
ini daku sedang melihat pintu besar kota San'a. Ibnu Ishak pun meriwayatkan
cerita yang sama dari Salman al-Farisi (r.a) .
Oleh kerana Madinah dilingkungi dataran kosong, bukit-bukit, dan kebun-kebun tamar dari semua sudut kecuali sebelah utara sahaja, justeru itu Rasulullah sebagai seorang yang arif dan pakar dalam hal ketenteraan, mengetahui bahawa pergerakan dan serangan tentera yang sebesar tentera bersekutu Quraisy itu, pasti akan menuju dari arah utara, untuk itu maka pengkalan kubu dibuatnya dari arah utara.
Kaum muslimin meneruskan kerja-kerja mereka di sepanjang
hari, mereka kembali ke rumah menemui keluarga mereka pada waktu senja,
hinggalah kubu sempurna disiapkan pada hari yang direncanakan, sebelum tentera
bersekutu wathani sampai ke sempadan pagar al-Madinah. Quraisy tiba dengan
empat ratus tentera (400) mereka singgah di Majma' al-Asyal yang terietak di
antara al-Jurf dan Zu'abah adapun Ghatafan dengan sekutunya dari Najd berlabuh
di Zanab Nuqmi berhampiran bukit Uhud.
Di ketika orang-orang mukmin melihat parti bersekutu, lantas
mereka berkata: Inilah apa yang dijanjikan kita oleh Allah dan Rasulnya,
justeru itu benarlah. Allah dan RasulNya. Tiada apa yang bertambah pada mereka
selain iman dan penyerahan diri. Itulah yang terpamer pada ayat Allah:
" Dan tatkala orang-orang mukmin melihat
golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: Inilah yang dijanjikan
oleh Allah dan RasulNya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka
kecuali Iman dan ketundukan. (al-ahzab: 22)
Manakala kaum munafiqin dan yang lemah jiwanya, hati-hati
mereka semakin bergoncang setelah melihat lautan tentera bersekutu. Maka
berkatalah kaum munafiqin dan mereka yang berpenyakit di dalam hati:
"Sebenarnya apa yang dijanjikan Allah dan Rasulnya adalah palsu
belaka". Inilah kepalsuan kaum munafiqin yang didedahkan oleh Allah di
dalam ayatNya:
"Dan ingatlah ketika orang-orang Munafik dan orang-orang
yang berpenyakit dalam hatinya berkata: Allah dan RasulNya tidak menjanjikan
apa-apa kepada kami melainkan tipu daya ". (al-Ahzab: 12)
Rasulullah telah bergerak dengan tentera Islamnya seramai
tiga ribu (3,000) orang, mereka membelakangi bukit Sala' sebagai benteng dari
arah belakang, manakala kubu Khandak inerintangi di antara mereka dan tentera
kafirin. Slogan mereka ialah "mereka tiada pertolongan". Penguasa
Madinah semasa ketiadaan Rasulullah ialah Ibnu Ummu Maktum, kaum wanita dan
anak-anak dipindahkan ke dalam benteng Madinah.
Apabila kaum musyrikin hendak menyerang orang-orang Islam dan
melanggar Madinah, mereka mendapati satu kubu luas merintangi kemaraan mereka,
oleh itu mereka bertindak mengepung Madinah, sedangkan tindakan itu tidak
termasuk di dalam perancangan awal mereka, kerana taktik mempertahankan Madinah
cara menggali kubu, taktik yang belum pernah dikenali di kalangan bangsa Arab,
justeru itu taktik mengepung Madinah tidak merupakan langkah yang berencana
atau tidak masuk dalam perkiraan mereka.
Jadi kaum musyrikin meronda mengelilingi kubu dengan perasaan
marah dan berang, mereka cuba mencari kalau-kalau ada lorong atau tempat yang
lemah yang boleh ditembusi. Kaum muslimin pun terus mengawal pergerakan kaum
musyrikin, di mana mereka terus menghujani dengan anak-anak panah, menyebabkan
mereka tidak berani menghampiri kubu, apatah lagi untuk merempuh masuk atau
menimbus parit luas itu sebagai jambatan atau laluan serangan. Beberapa orang
wira-wira berkuda Quraisy bosan dengan langkah menunggu hasil dari kepungan
mereka, kerana itu bukan cara tabiat mereka, oleh itu sekumpulan dari mereka
terdiri dari Amru bin Abd Wud, Ikrima bin Abi Jahl dan Dhirar bin al-Khattab
dan lain-lain, telah menuju ke satu tempat yang agak sempit sedikit, terus
mereka merempuh kubu, kuda-kuda mereka terus terhumban ke dalam kubu yang
digali, kejadian berlaku di antara kubu dan bukit Sala', di situ saidina Ali
muncul dengan beberapa orang Islam lain, mereka mengawal lereng yang cuba
dirempuh masuk oleh beberapa tentera berkuda musyrikin di situ. Amru menjemput
Saidina Ali untuk bertarung, Ali bin Abi Talib pula majy ke hadapan menyahut
cabaran. Di situ beliau telah mengeluarkan beberapa perkataan yang memanaskan
lagi perasaan musyrikin, Amru melompat turun dari kudanya dan terus menyembelih
kudanya, seterusnya beliau menerpa ke hadapan Saidina Ali, di situ mereka
bertarung. Akhir beliau dibunuh oleh Saidina Ali, yang lain mengaku kalah dan
lari dari situ, betapa takutnya mereka hinggakan Akramah cabut lari sampai
terjatuh tombaknya setelah menyaksi kematian negeri Amru.
Di hari-hari yang lain pun, kaum musyrikin telah cuba juga
hendak melanggar kubu Madinah itu, atau mereka cuba juga membuat jalan untuk
merempuh masuk, namun kesemuanya telah dihalang oleh pejuang-pejuang Islam, di
mana mereka menghujani tentera musyrikin yang cuba merempuh itu dengan anak-anak
panah, sehingga setiap apa yang dicuba oleh tentera Quraisy itu semuanya
menemui jalan buntu dan gagal.
Lantaran kesibukan mempertahankan serangan musyrikin hingga
luput waktu solat Rasulullah dan kaum muslimm, di dalam sebuah hadith sahih
diriwayat Jabir (r.a): Bahawa Saidina Umar bin al-Khattab di hari al-Khandak
itu beliau mencela kaum musyrikin, dan berkata kepada Rasulullah: "Wahai
Rasulullah, daku hampir tidak bersembahyang kecuali hampir-hampir mafahari
terbenam". Jawab Rasulullah: "Demi Allah akupun tak sempat menunai
solat". Kami pun turun bersama Baginda ke lembah bawah, setelah berwudhu'
Baginda dan kami semua menunaikan solat Asar setelah terbenam matahari kemudian
terus sembahyang Maghrib.
Rasulullah tersangat benci sekiranya luput salah satu waktu
sembahyang, ini membawa Baginda berdoa turun bala ke atas kaum musyrikin. Di
dalam hadith al-Bukhari dari Ali bin Abi Talib dari Rasulullah: Baginda berkata
di hari al-Khandak itu dengan sabdanya yang bermaksud:
"Ya Allah! penuhkan ke atas mereka di dalam rumah-rumah
mereka dan kubur-kubur mereka dengan api, sebagaimana mereka mengganggu kami
dari menunaikan solat wusta hingga terbenam matahari".
Tersebut sebuah hadith di dalam musnad Imam Ahmad dan
al-Syafie bahawa kaum musyrikin bergelut hingga menyebabkan Rasulullah dan
tentera Islam tidak dapat menunaikan solat zohor, asar, maghrib dan isya', maka
Baginda menunaikan kesemuanya sekali gus, kata Imam al-Nawawi: Cara kita
mempertemukan di antara semua riwayat ini, dengan meletakkan bahawa peristiwa
al-Khandak ini berlaku beberapa hari, manakala peristiwa luput sembahyang ini
pun berlaku beberapa kali juga di hari yang berlainan. Selesai masalah.
Dari sini dapat kita membuat kesimpulan, di mana tentera
musyrikin telah cuba berkali-kali untuk menyerang masuk menembusi kubu yang
digali, namun pihak Islam pun bersungguh-sungguh menentang percubaan nekad
musyrikin itu. Oleh kerana kubu ini merupakan pemisah di antara Islam dan
musyrikin maka tidak berlaku langsung pertarungan berdarah di antara dua kern
ini, apa yang berlaku hanya musuh. Di suatu malam Huyai bin Ahtob telah
mengetuk pintu rumah Ka'ab meminta beliau buka, namun Ka'ab enggan untuk
membenar beliau masuk, tapi setelah beliau memberi alasan dan penjelasannya
akhirnya Ka'ab membuka pintu. Kata Huyai: "Sebenarnya daku datang menemui
kau wahai Ka'ab, membawa sesuatu yang akan memuliakan kita sepanjang umur dan
kesenangan seluas lautan, ku bawa Quraisy bersama pemimpin dan pemukanya yang
kita sudahpun berhimpun di "Majma" al-As'yal" di lembah
"Raumah", dan bawa bersama Ghatafan dengan pemimpin dan pemukanya,
yang kini mereka sedang berhimpun di "Zanab Nuqmi" di sebelah bukit
Uhud. Kesemua mereka telah berjanji setia untuk memusnahkan Muhammad dan
pengikutnya hingga ke akar umbi.
Kata Ka'ab: Demi Allah, sebenarnya yang kau bawa ini adalah
kehinaan sepanjang zaman, menempa nahas dan menolak tuah, binasa kau Huyai,
biarlah aku dengan sikap ku ini, pada Muhammad apa yang ku lihat hanyalah
kebenaran dan keikhlasan. Namun Huyai masih terus merayu dan menggoda Ka'ab,
akhirnya Ka'ab pun akur dan menerima tawaran Huyai itu, seterusnya membuat
janji dengannya: Sekiranya Quraisy dan Ghatafan pulang tanpa mencapai sebarang
matlamat untuk menghancur Muhammad dan pengikut-pengikutnya, aku berjanji untuk
tinggal bersama mu di kubumu ini, biar aku menanggung bersama beban mu itu
dengan itu Ka'ab bin Asad pun melanggar janjinya dan merombak ikrarnya dengan
Rasulullah (s.a.w), seterusnya beliau mengikat janji dengan musyrikin pula
untuk memerangi kaum muslimin.
Memang benar kaum Yahudi banu Quraizah telah membuat beberapa
operasi peperangan. Kata Ibnu Ishak: Sofiah binti Abdul al-Muttalib emak
saudara Rasulullah sedang berada di dalam benteng pertahanan Hassan bin Thabit.
Di hari itu Hassan bin Thabit ditugaskan untuk bersama-sama kaum wanita dan
anak-anak kaum muslimin. Kata Sofiah: Semasa itu seorang lelaki Yahudi telah
melalui di situ dan cuba mengetuk-ngetuk kubu kediaman kami, di masa itu semua
Yahudi banu Quraizah telah memutus hubungan dengan Rasulullah, tidak ada
seorang pun dari kami dan mereka yang boleh mempertahankan kami, sedang
Rasulullah dan kaum muslimin masa itu berhadapan dengan musuh, tiada siapa pun
yang boleh meninggal tempat mereka untuk bersama kami, seandainya ada sesuatu
yang datang menyerang kami secara mendadak kata Sofiah: "Wahai Hassan kamu
tengok si Yahudi itu sedang mengetuk-ngetuk kubu kita, demi Allah aku harap si
Yahudi itu tidak boleh menjumpai kelemahan kita,untuk diberitahu kepada Yahudi
yang lain, sedang Rasul terialu sibuk di barisan hadapan, kamu pergi bunuh si
Yahudi bedebah itu". Jawab Hassan: "Demi Allah aku tahu, aku ini
bukan lawannya". Kata Sofiah lagi: Di masa itu aku pun ikatkan pinggang
ku, dengan membawa sebatang tongkat, ku turun daii kubu, aku pun belasahkannya
dengan tongkat tadi sampai mati. Kemudian ku masuk semula, sekali lagi ku suruh
Hassan: Ayuh turunlah dan rampaskan peralatan senjatanya, kini tiada lagi
halangan untuk kau rampas barang-barangnnya, selain dari ianya seorang lelaki.
Jawab Hassan: " Tidak perlulah untuk ku rampas peralatannya".
Tindakan mulia yang dilakukan olsh emak saudara Rasulullah
itu telah memberi kesan yang baik, dalam usaha mempertahan kaum muslimat dan
anak-anak orang Islam, sehingga kaum Yahudi menyangka kubu-kubu itu di dalam
jagaan rapi tentera Islam, sedangkan ianya amat terdedah kepada serangan,
implikasinya membawa seteru Islam sudah tidak berani mencuba sekali lagi.
Tetapi disebaliknya, di mana kaum Yahudi membantu kaum musyrikin dengan
bekalan-bekalan makanan sebagai membuktikan sokongan padu mereka dan penyertaan
langsung untuk menentang kaum muslimin, malah sempatjuga kaum muslimin menawan
dua puluh ekor unta mereka yang sarat dengan muatan, bekalan untuk Quraisy.
Kini berita sudah sampai ke pengetahuan Rasulullah dan kaum
muslimin, Rasulullah pun segera membuat penyiasatan untuk mendapat kepastian
mengenai sikap Banu Quraizah, hingga dapat pula Baginda menghadapi mereka
dengan tenaga ketenteraan. Bagi melaksanakan tugas ini Baginda telah mengutus
kedua-dua Saad iaitu Saad bin Muaz dan Saad bin Ubbadah, Abdullah bin Rawah dan
Khuwat bin Jubair dengan sabdanya: "Ayuh kamu pergi ke sana dan perhatikan
apakah benar seperti yang diceritakan itu, sekiranya benar, beritahu kepada ku
dengan bahasa kiasan supaya aku sahaja yang mengetahuinya tapi kalau mereka itu
masih bersama kita nyatakan dengan terang biar semua orang tahu". Sebaik
sahaja mereka sampai ke sana didapati bau Quraizah seburuk-buruk manusia dan
sejahat-jahat kaum Yahudi, mereka memaki hamun dan mencela Rasulullah (s.a.w) malah
mereka berpura-pura tidak tahu dengan bertanya: Siapa itu Rasulullah? Kami tak
ada hubungan dan perjanjian pun dengan Muhammad. Ayuh berambus kamu dari sini,
setelah perutusan Saad dan sahabatnya tiba di hadapan Rasulullah, mereka pun
memberitahu Baginda dengan bahasa kiasan dengan kata mereka: Udhal dan Qaarah.
Maksudnya Banu Quraizah seperti qabilah Udhal dan Qaarah yang mengkhianati
Rasulullah sebelum ini diperistiwa al-Raji'.
Sekumpulan perutusan ini memberitahu Rasulullah dengan bahasa
kiasan, namun kaum muslimin menyedari hakikat yang sebenar, kini tergambar
kepada mereka satu lembaga yang mengancam diri mereka.
Itulah di antara saat-saat yang mencemaskan kedudukan kaum
muslimin, kerana tidak ada sebarang benteng yang menghalang di antara kaum muslimin
dan banu Quraizah, kaum muslimin terdedah kepada serangan banu Quraizah dari
belakang sedang tentera bersekutu berkumpul di hadapan tentera Islam, secara
langsung tidak membenarkan mereka untuk berpatah balik bagi menghadapi banu
Quraizah. Anak pinak dan kaum keluarga mereka amat berhampiran dengan banu
Quraizah yang mengkhianati janji itu tanpa sebarang halangan dan jangkaan.
Keadaan mereka tepat seperti Firman Allah:
"Dan ingatlah di ketika penglihatan kamu sudah
kebingungan, hati-hati kamu sudah sampai ke kerongkong, sedang kamu menyangka
terhadap Allah seribu satu sangkaan, di sini kaum mukminin telah diduga, dan
mereka digoncang sehabis-habisnya". (al-Ahzab: 10-11)
Sikap nifaq dan taqiyah pun mula kelihatan di kalangan
orang-orang munafiqin dengan sebutan: Dulu Muhammad ini menjanjikan kita untuk
menggondol harta-harta Kisra maharaja Parsi dan harta Qaisar maharaja Roman,
tapi hari ini tak seorang pun terasa aman dan selamat dengan dirinya untuk
keluar membuang air, di antara mereka ada yang menyebut: Rumah-rumah kami
terdedah kepada serangan musuh, ayuh benarkanlah kami beredar dari sini untuk
pulang ke rumah, kerana rumah kami di luar kawasan Madinah. Hampir-hampir banu
Maslamah mengagalkan perjuangan Rasulullah itu.
Mengenai percubaan mereka ini telah diturunkan ayat al-Quran khusus mengenainya:
"Dan kenanglah masa orang-orang munafiqin dan golongan
yang berpenyakit di dalam hati mereka dengan berkata: Allah dan RasulNya tidak
menjanjikan kita melainkan perkara-perkara yang memperdayakan sahaja.Dan juga
masa segolongan di antara mereka yang berkata: Wahai penduduk Yathrib, ini
bukan tempatnya bagi kamu, oleh itu baliklah kamu, dan segolongan dari mereka
meminta izin dari Nabi dengan berkata: Sesungguhnya rumah-rumah kami, terdedah.
Pada hal tidak terdedah pun, sebenarnya mereka tidak bertujuan selain dari
hendak lari". (al-Ahzab: 12-13)
Setelah sampai berita pengkhianatan banu Quraizah, Baginda
pun terus menu tup muka dengan kainnya, Baginda bersandar dan berehat seketika,
hingga orang ramai terasa berat dengan bala yang menimpa itu, kemudian
Rasulullah diberi semangat dari alam ghaib dengan penuh harapan, di sini
Rasulullah bangun dengan berkata: Allahu Akbar, terimalah berita yang
mengembirakan wahai kalian muslimin, kemenangan dan pertolongail Allah 'sedang
menuju ke arah kamu. Kemudian Baginda merangka strategi penentangan buat
menghadapi situasi tergenting, sebagai sebahagian dari strategi itu, Baginda
mengutus pengawal-pengawal ke sekitar Madinah, supaya tidak dicerobohi secara
mendadak kubu perlindungan kaum wanita dan anak-anak.
Namun strategi ini memerlukan kepada keberanian yang luar
biasa yang boleh membawa kepada perpecahan musrik wathani, seterusnya untuk
berdamai dengan Uyainah bin Hisn dan al-Harith bin Auf, dua pemimpin Ghatafan
dengan habuan hasil buah-buahan Madinah diberikan satu pertiga kepada mereka
sebagai syarat kiraannya mereka berundur dari medan perang. Untuk memberi
peluang kepada kaum muslimin mengalahkan Quraisy di masa yang paling singkat,
yang sudah pun kaum muslimin mengukur kekuatan dan keupayaan mereka,
perancangan ini sudah pun dimulakan.
Seterusnya Rasulullah bermesyuarat dengan kedua-dua Saad
sebagai jawapan mereka berkata: "Wahai Rasulullah, sekiranya ini arahan
dari Allah maka kami sedia mendengar dan mentaatinya, tapi kalaulah ini suatu
perkara yang tuan hamba aturkan untuk kebaikan kami, maka kami tidak
memerlukannya, kerana sesungguhnya kami dan mereka itu di suatu ketika memang
di dalam syirik dan menyembah berhala, mereka itu tidak pernah berhasrat untuk
menguasai dusun kami selain dari sekadar berian dari kami atau mereka
membelinya. Apakah setelah kami semu;i dianugerahkan Allah dengan hidayat Islam
serta dimulia'kan kami dengan keagungan dari Allah harus kami berikan harta-harta
ini semua? Demi Allah kami tidak akan beri selain dari mata pedang kami".
Rasulullah pun membenarkan pendapat mereka berdua dengan sabdanya: "Itu
sebenarnya suatu usahaku semata-mata untuk kemuslihatan kamu, setelah ku
mendapati seluruh bangsa Arab dengan sebulat kata mereka menyerang kamu.
Alhamdulillah segala pujian bagiNya, Dialah Tuhan yang telah
melakukan sesuatu dariNya dengan memecahbelahkan perpaduan musuh-musuhnya,
menggagalkan usaha musyrikin, Allah telah menyediakan seorang lelaki dari banu
Quraizah yang dikenali sebagai Nuaim bin Mas'ud bin 'Amir al-Asyja'i (r.a)
telah datang menemui Rasulullah seraya berkata: "Wahai Rasulullah,
sesungguhnya daku ini sudah pun memeluk Islam, namun seluruh kaum ku tidak pun
mengetahui perkara ini, perintahlah daku, apa yang patut ku lakukan di saat
ini". Jawab Rasulullah: "Kau ini seorang sahaja maka cuba kau aturkan
bagaimana memecah perpaduan mereka itu sehabis upaya yang dapat kau lakukan,
peperangan adalah tipu helah".
Dengan itu terus beliau menemui Banu Quraizah, beliau dikenali sebagai teman pergaulan semasa Jahiliah dahulu, setelah beliau berkata: "Sekalian kamu mengenali hubungan kita semua, terutamanya aku dan kamu". Jawab mereka: "Memang benar". Kata Nuaim: "Kamu tahu Quraisy itu bukan seperti kamu semua, tapi negeri ini adalah bumi kamu, di dalamnya harta-harta kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, justeru itu kamu tidak mungkin berganjak darinya ke tempat-tempat lain, sedang Quraisy dan Ghatafan mereka itu datang bertujuan memerangi Muhammad dan pengikutnya dan telah kamu bantu mereka, tetapi tanahair mereka bukan di sini. Harta-harta mereka, isteri-isteri mereka di sana, kiranya mereka dapat peluang mereka gunakan, dan kalau tidak mereka akan lari ke kampung halaman mereka dan meninggalkan kamu dengan Muhammad, kemudian Muhammad akan membalas dendam terhadap kamu".
Kata mereka: "Memang benar dan jitu pendapat yang saudara tunjukkan itu. Jadi sekarang apa yang harus kami lakukan?". Kata Nuaim: "Petama, jangan kamu sertai mereka di dalam kancah peperangan kecuali setelah mereka memberi jaminan, biar kamu pegang beberapa orang tebusan sebagai jaminan". Kata mereka: "Pendapat saudara benar dan jitu".
Dengan itu terus beliau menemui Banu Quraizah, beliau dikenali sebagai teman pergaulan semasa Jahiliah dahulu, setelah beliau berkata: "Sekalian kamu mengenali hubungan kita semua, terutamanya aku dan kamu". Jawab mereka: "Memang benar". Kata Nuaim: "Kamu tahu Quraisy itu bukan seperti kamu semua, tapi negeri ini adalah bumi kamu, di dalamnya harta-harta kamu, anak-anak kamu, isteri-isteri kamu, justeru itu kamu tidak mungkin berganjak darinya ke tempat-tempat lain, sedang Quraisy dan Ghatafan mereka itu datang bertujuan memerangi Muhammad dan pengikutnya dan telah kamu bantu mereka, tetapi tanahair mereka bukan di sini. Harta-harta mereka, isteri-isteri mereka di sana, kiranya mereka dapat peluang mereka gunakan, dan kalau tidak mereka akan lari ke kampung halaman mereka dan meninggalkan kamu dengan Muhammad, kemudian Muhammad akan membalas dendam terhadap kamu".
Kata mereka: "Memang benar dan jitu pendapat yang saudara tunjukkan itu. Jadi sekarang apa yang harus kami lakukan?". Kata Nuaim: "Petama, jangan kamu sertai mereka di dalam kancah peperangan kecuali setelah mereka memberi jaminan, biar kamu pegang beberapa orang tebusan sebagai jaminan". Kata mereka: "Pendapat saudara benar dan jitu".
Setelah selesai dengan banu Quraizah, Nuaim meneruskan
usahanya dengan menemui pihak Quraisy, dengan berkata kepada mereka: "Kamu
mempunyai hubungan intim dengan ku, dan terimalah khidmat nasihat ku untuk kamu
semua". Jawab mereka: "Memang baik sekali". Kata Nuaim:
"Sebenarnya golongan Yahudi sudah pun terasa menyesal dengan tindakan
mereka memungkirkan janji mereka dengan Muhammad, kini mereka sudah pun
berbincang semula dengan Muhammad dan sebagai keputusan mereka telah berikrar
untuk mengambil tebusan dari kamu untuk diserahkan kepada Muhammad, kemudian
mereka akan bersekutu semula dengan Muhammad untuk menghancurkan kamu, aku
peringatkan kalaulah mereka itu meminta tebusan ini sekali-kali jangan
dilayan". Setelah itu beliau pergi bertemu dengan Ghatafan dan telah
menyebut kepada mereka seperti mana beliau sebutkan kepada Quraisy tadi.
Menjelangnya malam Sabtu Syawal tahun lima (5) Hijrah, pihak
Quraisy telah mengutus kepada Yahudi Banu Quraizah, dengan kata-kata:
"Sebenarnya kami ini bukan di bumi perkampungan kami, sekian ternakan
sudah pun musnah, sekarang kami mahu kamu sertai kami untuk membuat perkiraan
terakhir dengan Muhammad". Golongan Yahudi menghantar jawapan dengan
mengatakan hari ini seperti kamu tahu ianya hari Sabtu, kamu semua sedia maklum
apa yang telah terjadi kepada kaum bangsa kami yang terdahulu, bila mereka mencerobohi
hari Sabtu ini.
Walau bagaimana kami tidak akan menyertai kamu kecuali setelah kamu mengirim kepada kami orang-orang tebusan sebagai jaminan". Sebaik sahaja utusan Yahudi menyampaikan hasrat dan syarat-syarat mereka maka kalian Quraisy dan Ghatafan pun menarik nafas panjang kata mereka: "Demi Allah memang benar apa yang disebutkan oleh Nuaim itu". Seterusnya mereka mengutus kepada Banu Quraizah dengan kata mereka: "Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan menghantar seorang pun kepada kamu, Ayuh keluarlah sekarang untuk kita kepung Muhammad". Banu Quraizah terasa memang benar apa yang disebut oleh Nuaim dan mereka berkata: "Memang ada kebenarannya apa yang disebut oleh Nuaim itu". Maka mulalah berlaku keretakan di kalangan tentera bersekutu dan pihak Banu Quraizah menyebabkan semangat juang mereka pun mula menurun.
Walau bagaimana kami tidak akan menyertai kamu kecuali setelah kamu mengirim kepada kami orang-orang tebusan sebagai jaminan". Sebaik sahaja utusan Yahudi menyampaikan hasrat dan syarat-syarat mereka maka kalian Quraisy dan Ghatafan pun menarik nafas panjang kata mereka: "Demi Allah memang benar apa yang disebutkan oleh Nuaim itu". Seterusnya mereka mengutus kepada Banu Quraizah dengan kata mereka: "Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan menghantar seorang pun kepada kamu, Ayuh keluarlah sekarang untuk kita kepung Muhammad". Banu Quraizah terasa memang benar apa yang disebut oleh Nuaim dan mereka berkata: "Memang ada kebenarannya apa yang disebut oleh Nuaim itu". Maka mulalah berlaku keretakan di kalangan tentera bersekutu dan pihak Banu Quraizah menyebabkan semangat juang mereka pun mula menurun.
Kaum muslimin tidak putus-putus berdoa restu kepada Allah:
"Ya Allah Ya Tuhan kami! Tutuplah kelemahan kami dan tenangkanlah
kegerunan kami" Manakala Rasulullah pun mendoakan kehancuran musuh:
"Ya Allah ya Tuhan yang menurunkan al-Kitab, yang cepat menghisab!
Kalahkanlah golongan al-Ahzab. Ya Tuhanku! Kalahkanlah dan goncangkanlah mereka
sesungguhnya Allah telah pun mendengar doa RasulNya dan kaum muslimin, di mana
setelah berlakunya perpecahan di kalangan musyrikin hingga berlaku pulau
memulau, seterusnya Allah menyokongkan keadaan itu dengan menghantarkan
tenteranya dalam bentuk angin taufan yang mencabut khemah-khemah musyrikin
menerbangkan periuk belanga mereka, malah tali-tali peregang khemah pun
semuanya turut tercabut di bawa terbang, keadan amat tidak tenteram, Allah
menurunkan para malaikat rhengoncangkan mereka, mencampakkan ke dalam hati-hati
mereka kegerunan dan ketakutan.
Di malam yang nahas kepada kaum musyrikin', Rasulullah menghantar
Huzaifah bin al-Yamsin ke kalangan tentera bersekutu untuk mendapat
berite-berita lanju't mengenai mereka. Beliau mendapati mereka dalam keadaan
ketakutan. Sekalian mereka bersiap untuk beredar pulang', beliau pulang ke
hadapan Rasulullah membawa beri'fa mengenai persiapan musyrikin berangkat
pulang. Nah, iui dia Rasulullah telah menerima berita pemburuan Allah akah
seterunya dengan penuh kemurkaan dariNya hingga langsu'rig suatu apa pun
perancangan mereka tidak berhasil, hanya sanya dengan Allah sudah cukup untuk
memerangi kaum musyrikin. Allah membenarkan janjiNya, memuliakan tenteraNya,
membantu hambaNya, mengalahkan tentera "al- Ahzab yang bersekutu dengan
sendiriNya, maka pulanglah Rasulullah dan kaum muslimin ke Madinah dengan
selamat.
Peperangan al-Ahzab ini berlaku di bulan Syawal tahim kelima
Hijrah, pada pendapat yang lebih sahih, golongan musyrikin mengepung Rasulullah
dan kaum muslimin selama sebulan atau kurang lebih, seteVah digabungkan di
antara beberapa rujukan didapati bahawa permulaan kepungan bermula di bulan
Syawal dan berakhir di bulan Zulkaedah, Ibnu Saad berpendapat bahawa
keberangkatan pulang Rasulullah dari al-Khandak ialah pada hari Rabu tujuh hari
terakhir bulan Zulkaedah.
Sesungguhnya peperangan al-Ahzab tidak merupakan peperangan
yang membawa kepada kerugian hartabenda, malah ianya lebih merupakan peperangan
saraf, lantaran tidak berlaku satu pertarungan yang hebat namun demikian ianya
merupakan perjuangan yang menghasilkan garis penentu, memperlihatkan kekalahan
kaum musyrikin, dan apa jua kekuatan bangsa Arab tidak berupaya untuk
membenteras kekuatan yang baru muncul di Semenanjung Arab, di tengah-tengah
kota Madinah, kerana bangsa Arab tidak berupaya lagi untuk menghimpun satu
kekuatan yang kuat sebagaimana usahanya di dalam peristiwa al-Khandak ini.
Lantaran itu Rasulullah telah menegaskan di dalam sabdanya di saat Allah
mengundurkan tentera al-Ahzab dengan sabdanya yang bermaksud:
"Sekarang sampai masanya kita yang menyerang mereka
bukan mereka yang menyerang kita, dari sini kita akan mara menghancurkan mereka
"
1 comment:
Assalamualaikum. Masalah juga nak membacanya.Warna tulisannya gelap. Latar belakangnya pun gelap juga.Perlahan-lahan baca walaupun saya tak memberi fokas lagi.Sekali saya pandang rasa tiada minat nak membaca.Kalau diubah warna tilisan kan lebih molek,lebih comelll,lebih canggih,baca pun tiada masalah.ok.Jazakumullahhukhoiran khatiroo.ta
Post a Comment