Pages

Saturday, February 13, 2010

Esok Empat Belas Hari Bulan

Apa itu Valentine's Day
-Dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih.
-Mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
-Pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik.
-Bertukar-tukar hadiah.

Sejarah
1.Pendapat pertama:
-Sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia.
-Lupercalia merupakan upacara penyucian diri(13-18 Februari)
-Menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

2.Pendapat kedua:
-Kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II.

3.Pendapat ketiga:
-Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol.
-St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
-St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
-Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Umat Islam disyariatkan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis Riwayat AN-Nasaai, No: 959.

Al-Hadith:-
Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, Hadis No: 3512.

Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – Al-Israa’ : 32

Pendapat Peribadi: Tadi selepas solat Maghrib, aku sempat membaca 1 muka Al-Quran. Dan ingin berkongsi, satu ayat Al-Quran kepada semua pembaca. Maksud ayat ini menarik perhatian aku. Tapi tidaklah termampu aku nak mentafsir ayat ini. Sekadar perkongsian....

Surah Al-A'Raaf, Surah ke-7, Ayat ke-189)

No comments: